Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 3.25 petang itu, pemandu treler yang membawa muatan fiber dikenali sebagai Suresh berusia 30-an itu terselamat dan hanya mengalami kecederaan di bahagian paha dan kaki.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, treler itu terbalik akibat daripada berat muatan dan keadaan jalan yang berselekoh.

Beliau berkata, treler tersebut dalam perjalanan dari Kawasan Perindustrian Gua Musang menuju ke Pelabuhan Klang, Selangor.

”Setibanya di kawasan bulatan menghala ke Kuala Lipis, pemandu treler itu dipercayai hilang kawalan lalu kenderaannya terbalik.

“Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Gua Musang oleh orang ramai dan pasukan anggota bomba turut dipanggil bagi membersihkan tumpahan minyak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Mohd. Taufik, ketika kejadian cuaca dalam keadaan baik dan permukaan jalan kering.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II, Hasri Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 3.30 petang.

 

Katanya, seramai 11 anggota diketuainya bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian kemalangan.

“Anggota bomba mengambil masa 15 minit untuk membersihkan minyak yang tumpah daripada treler itu,” katanya. - UTUSAN ONLINE