Dalam kejadian pada pukul 12.10 tengahari itu, M. Lithiskumar, 32, maut di tempat kejadian manakala pemandu Toyota Land Cruiser berusia 32 tahun pula cedera di bahagian pinggang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintenden Zakaria Abd. Rahman berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila treler dipandu mangsa dari arah Ipoh ke Taiping itu melanggar Toyota Land Cruiser yang berada di lorong kiri.

Katanya, akibat pelanggaran tersebut, kedua-dua kenderaan berkenaan telah terbalik ke dalam longkang di bahu kiri jalan.

"Akibat kemalangan itu, pemandu treler mengalami kecederaan parah dan disahkah maut oleh pasukan perubatan di tempat kejadian.

"Pemandu kenderaan pacuan empat roda itu pula cedera di pinggang manakala seorang penumpang wanita tidak cedera. Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan susulan," katanya.

Menurut Zakaria, kemalangan tersebut menyebabkan aliran trafik sesak lebih tujuh kilometer bagi laluan menghala ke utara.-UTUSAN ONLINE