Kejadian pada pukul 5.10 pagi itu dipercayai berlaku setelah kenderaan yang dinaiki empat beranak itu hilang kawalan lalu terbabas melanggar pokok di kiri jalan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, sekumpulan anggota ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.22 pagi.

Katanya, pihak segera menjalankan operasi menyelamat apabila mendapati pemandu lori tersebut tersepit di dalam kenderaan berkenaan.

“Mangsa yang berjaya dikeluarkan itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Tiga lagi penumpang kenderaan itu yang cedera di hantar ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut. Operasi tamat pada pukul 6.21 pagi,” katanya. - UTUSAN ONLINE