Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Aidil Bolhassan berkata, kejadian berlaku pada pukul 5.40 petang ketika mangsa bersama tiga lagi rakannya sedang mandi di sungai berkenaan.

“Orang awam yang menyedari kejadian tersebut telah terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan mangsa dan berjaya membawa mangsa naik ke darat dari dasar sungai.

“Ekoran itu, orang awam telah menghubungi pihak ambulans Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan bantuan sebelum mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik,” katanya dalam kenyataan kepada Utusan Borneo hari ini.

Tambah Aidil, mayat mangsa telah dibawa ke HUS untuk tindakan lanjut sementara menunggu dituntut oleh waris mangsa. - UTUSAN ONLINE