Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, Mohamad Danial Hakim Yusof,16, dari Taman Guar Perahu di sini dikatakan pergi ke kawasan berkenaan bersama rakan-rakannya.

Difahamkan, mereka kemudiannya mandi di kolam yang mempunyai kedalaman lebih enam meter tersebut.

Mohamad Danial Hakim Yusof
Mohamad Danial Hakim Yusof 

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan hilang oleh rakannya ketika sedang menyelam di kawasan berkenaan.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, pihak bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pukul 8 malam.

"Selepas beberapa jam operasi mencari dan menyelamat (SAR), mayat mangsa ditemukan tidak jauh dari kawasan mangsa lemas kira-kira pukul 10.12 malam.

"Mayat mangsa di bawa ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat," katanya. - UTUSAN ONLINE