Mangsa , Muhamad Syawal Adnan Deraman, 21, dari Blok 4 Peringkat 1 Felda Neram 2 Bandar Cheneh Baru meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis daerah, Superintenden Mohd. Said Ibrahim berkata, kemalangan berlaku pukul 1.30 petang sewaktu mangsa yang berseorangan dalam perjalanan dari dari arah Felda Neram 1 menghala ke Felda Neram 2.

Katanya, setiba di tempat kejadian, kereta Perodua Viva yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelum merempuh pokok di situ.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE