Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi melibatkan sebuah lori muatan dan motosikal ditunggang pelajar kolej terbabit yang berusia 17 tahun.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Arshad Abu berkata, kemalangan berlaku apabila lori tersebut dari arah Kesang menghala ke Bemban ingin masuk ke simpang Kampung Kesang Jaya.

“Pada masa yang sama motosikal jenis Yamaha Lagenda ditunggang mangsa dari arah belakang cuba memotong lori itu namun ia terlanggar bahagian hadapan lori yang sedang membelok,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Arshad, berikutan kemalangan itu motosikal dinaiki mangsa, C. Ravichandran terperosok di bawah lori dan pelajar itu mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Jasin.

“Pemandu lori berusia 59 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya. - UTUSAN ONLINE