Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.10 pagi ketika mangsa, Anis Umairah Rahim, 17, pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah menunggang motosikal jenis Yamaha Ego untuk ke sekolah.

Berikutan itu, mangsa mengalami luka di tangan serta kaki kiri dan dikejarkan ke Hospital Jasin untuk menerima rawatan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Hasan Basri Yahya, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Sri Kemendor ke sekolah berkenaan.

"Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, sebuah kenderaan di hadapan mangsa yang belum dikenal pasti telah membrek secara mengejut.

"Mangsa yang cuba mengelak kenderaan itu terbabas lalu terjatuh di tepi jalan. Akibat kemalangan itu mangsa cedera di tangan dan kaki," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, kes ini disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59. - UTUSAN ONLINE