Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa, Muhammad Azril Iqmal Khamis, 23, maut di tempat kejadian akibat kecederaan dialami.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Hasan Basri Yahya, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC sedang dalam perjalanan dari Simpang Ampat ke arah Brisu.

“Semasa di tempat kejadian, mangsa telah terbabas lalu melanggar sebatang tiang lampu di tepi jalan menyebabkan dia maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Hasan Basri, mayat mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah untun bedah siasat manakala motosikal mangsa dibawa ke Puspakom untuk tindakan lanjut.

“Kemalangan berlaku di kawasan menuruni bukit namun keadaan cuaca pada masa kejadian adalah baik,” ujarnya sambil berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE