Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 malam itu, seorang buruh binaan warga Indonesia mengalami kecederaan akibat melecur ketika cuba menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, mangsa berusia 60 tahun itu telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan lanjut.

Komander Operasi, Rosmawie Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.22 malam dan sebanyak 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil serta BBP Sri Petaling dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba, kita mendapati rumah kongsi berkeluasan 6 meter x 18 meter telah musnah terbakar.

“Api berjaya dikawal kira-kira pukul 8.26 malam dan anggota sedang menjalankan kerja-kerja ‘overhaul bagi memastikan kebakaran padam sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Rosmawie, punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.- UTUSAN ONLINE