Mangsa, Hoque Aynal, 43, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di perut.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Hamid Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.43 tengah hari sebelum sepasukan bomba tiba di lokasi kejadian enam minit kemudian.

"Apabila tiba, anggota bomba mengalihkan timbunan besi cerucuk konkrit di tempat kejadian bagi memudahkan operasi dijalankan.

"Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa melakukan kerja pemindahan besi cerucuk konkrit menggunakan kren," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE