Kejadian kira-kira pukul 6.20 petang itu turut memusnahkan ruang berkeluasan 9 meter x 24 meter di bangunan lapan tingkat tersebut.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden berkenaan.

Sebanyak lima jentera dengan kekuatan 55 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, BBP Titiwangsa, BBP Hang Tuah, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Cheras turut dikejarkan ke lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan kira-kira pukul 6.28 petang.

“Sebaik sahaja tiba, kita mendapati api sedang marak serta asap tebal memenuhi tingkat empat bangunan itu.

“Operasi memadam kebakaran dijalankan dan api berjaya dikawal pada pukul 7.35 malam serta padam sepenuhnya kira-kira pukul 11.15 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.- UTUSAN ONLINE