Ruang pejabat pensyarah di Fakulti Universiti Malaya, Kuala Lumpur hari ini terbakar.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 pagi itu, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.30 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, BBP Seputeh dan BBP Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, kita mendapati ruang lantai di tingkat tiga bangunan Fakulti Ekonomi sedang marak terbakar.

“Bagaimanapun, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada kira-kira pukul 1.53 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, punca kebakaran masih dalam siasatan.- UTUSAN ONLINE