Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu menyaksikan Gan Peng Hong,18, dan rakannya, Chou Chai Zhen,18, menyelamatkan diri apabila berjaya keluar dari kereta.

Meskipun jatuh pada ketinggian kira-kira lapan meter sehingga menyaksikan bahagian hadapan kereta remuk teruk,.kedua-dua mangsa bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan.

Peng Hong berkata, semasa kejadian dia dalam perjalanan daripada bandar Bentong untuk menghantar rakannya pulang ke rumahnya di Taman Cempaka di sini.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian sebuah kereta yang datang dari kanan meluru ke hadapan keretanya menyebabkan dia terkejut dan merempuh pagar sungai sebelum jatuh ke Sungai Bentong.

“Saya bernasib baik kerana kereta tidak terjatuh di tengah sungai dan kami keluar melalui tingkap yang pecah,” katanya di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE