Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa berusia 31 tahun dikenali sebagai Bakar terjatuh ke dalam laut selepas bot dinaikinya terbalik.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9 pagi hari ini.

"Bot nelayan yang dinaiki nelayan berkenaan telah melanggar sebuah boya di perairan ini.

"Bot itu telah terbalik sehingga menyebabkan mangsa hilang, manakala tiga lagi nelayan lain berjaya menyelamatkan diri," katanya di sini hari ini.

Jurucakap JBPM berkata, operasi mencari dan meyelamat (SAR) sedang dilakukan pihaknya. - UTUSAN ONLINE