Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuang berkata, lelaki berusia 60 tahun yang dikenali sebagai Worknel itu diselamatkan kira-kira pukul 11 malam semalam.

“Dia terpisah dengan bot induk selama lima hari ketika melakukan aktiviti menangkap di perairan Bintulu-Miri

“Mangsa telah diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan sebelum dibawa ke Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Robert turut mengingatkan orang ramai terutamanya komuniti nelayan untuk sentiasa mematuhi prosedur keselamatan semasa menjalankan aktiviti di laut.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kecemasan atau aktiviti mencurigakan di perairan negara supaya menghubungi pusat operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau MERS 999.- BERNAMA