Kemalangan kira-kira pukul 11.30 pagi itu mengakibatkan mangsa, Muhammad Ridzuan Abdul Hamid,19, dari Kampung Kechor, Jalan Kaki Bukit di sini maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintenden Muhamad Halim Yatim berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kemalangan itu.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati, motosikal jenis Modenas yang dinaiki remaja itu terbabas sendiri ketika dalam perjalanan dari arah Kangar menghala ke Padang Besar.

“Motosikal mangsa dipercayai telah mengalami kerosakan teknikal dan menyebabkan mangsa tidak dapat mengawal kenderaannya dan hilang kawalan seterusnya terbabas di lokasi itu.

“Mayat remaja tersebut kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk proses bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE