Penemuan mayat individu berkulit putih kira-kira dua kilometer dari resort itu disahkan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop kepada sebuah portal berita antarabangsa sebentar tadi.

Satu sidang akhbar berhubung penemuan mayat tersebut dijangka diadakan oleh pihak polis pada petang ini.

Nora Anne dilaporkan hilang dari Resort The Dusun Pantai Hill di sini semasa bercuti bersama ibunya, Maebh Jaseprine Quoirin, 46, dan bapa, Sebastian Marie Philipe, 47, serta dua adiknya berusia 8 dan 12 tahun pada 4 Ogos lalu.

Semasa kejadian, mangsa yang merupakan anak sulung, tidur di dalam bilik bersama dua adiknya itu sebelum didapati hilang kira-kira pukul 8 pagi.

Mangsa bersama ahli keluarganya tiba di resort berkenaan pada pukul 7 pagi, 3 Ogos lalu. - UTUSAN ONLINE