Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mayat mangsa, Mahazir Hanif Idrus, 38, ditemukan oleh anggota bomba yang memberikan bantuan di lokasi kejadian.

MANGSA, Mahazir Hanif Idrus.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rantau, K. Putthisigamany berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.34 petang.

“Seramai lapan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Rantau bersama beberapa buah jentera dikerahkan memberi bantuan.

“Mayat mangsa berjaya ditemukan dan dikeluarkan dari loji sedalam kira-kira lima meter itu pada pukul 3.30 petang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Putthisigamany berkata, pihak bomba dimaklumkan oleh seorang rakan mangsa bahawa semasa kejadian mangsa sedang membaiki lampu di titi loji berkenaan, namun terjatuh ke dalam loji.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintenden Mohd. Rosli Ishak ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian dan siasatan masih dijalankan. - UTUSAN ONLINE