MUHAMAD NURAFIQ ROSLAN
MUHAMAD NURAFIQ ROSLAN 

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 malam mengakibatkan mangsa, Muhamad Nurafiq Roslan, 24, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125ZR telah melanggar kenderaan terbabit dari arah Cheng Height menghala ke Lebuh Alor Gajah - Melaka Tengah - Jasin (AMJ).

“Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, mangsa telah melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah bertentangan yang membelok ke kanan untuk masuk ke Taman Cheng Ria.

“Berikutan itu, penunggang tersebut yang bekerja sebagai penghantar makanan mengalami kecederaan di kepala dan perut. Dia bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik hospital berkenaan untuk bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE