Kemalangan berlaku kira-kira pukul 4.13 petang itu dan mangsa, Muhammad Ammar Raziq Azhar meninggal dunia pada pukul 6.55 petang ketika mendapatkan rawatan di Hospital Changkat Melintang.

Difahamkan, sewaktu kejadian ayah mangsa sedang berada di surau berkenaan bagi menyiapkan persiapan majlis berbuka puasa.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang oleh seorang juruteknik berusia 23 tahun itu sedang dalam perjalanan dari arah Parit menghala ke Bota.

“Motosikal jenis SYM yang ditunggang oleh juruteknik berkenaan telah melanggar kanak-kanak lelaki tersebut yang secara tiba-tiba melintas jalan dari kiri ke kanan jalan.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal itu mengalami luka-luka ringan. Hasil bedah siasat yang dilakukan pada malam ini pula mengesahkan punca kematian mangsa disebabkan oleh kecederaan parah di kepala,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Zainal berkata, sampel urin dan darah penunggang motosikal berkenaan turut diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia Ipoh.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE