Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, mereka semuanya ditempatkan di 42 pusat pemindahan di tiga daerah iaitu Segamat, Tangkak dan Muar.

"Setakat ini mangsa banjir di Segamat berjumlah 1,909 daripada 503 keluarga di 31 pusat pemindahan diikuti Tangkak dengan 626 daripada 152 keluarga di enam pusat pemindahan.

"Sementara di Muar pula seramai 434 daripada 123 keluarga masih ditempatkan di enam pusat pemindahan," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE