Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa yang terdiri daripada dua dewasa serta tiga kanak-kanak itu berjaya diselamatkan orang awam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.37 petang dan sebanyak tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba, kami mendapati mangsa yang terperangkap telah diselamatkan.

“Kerja mencari dan menyelamat turut dilakukan di sekitar kawasan berkenaan bagi memastikan tiada lagi mangsa terperangkap,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Hafisham, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.- UTUSAN ONLINE