Letupan tersebut mengakibatkan pintu dan tingkap kaca pada bahagian dapur selain ruang tamu serta bumbung mengalami kerosakan.

Berikutan itu tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dengan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurut Komander Operasinya, Pegawai Bomba Kanan II Razali Husin, identiti mangsa tidak diketahui dan wanita tersebut dibawa keluar oleh jiran-jirannya sebelum ketibaan pihak bomba.

"Pihak bomba sedang membuat size up di lokasi kejadian. Bomba tidak mendapati tiada apa-apa kesan kebakaran yang ada dalam rumah tersebut.

"Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. Operasi tamat pukul 8.55 pagi," katanya ketika dihubungi. - UTUSAN ONLINE