Nahas kira-kira pukul 9 pagi itu mengorbankan Liaw Ziang E, 43, yang tercampak ke tengah jalan kesan daripada pelanggaran tersebut.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah van jenis Toyota Hiace yang bergerak dari arah Ulu Choh menghala ke Gelang Patah.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, can terbabit dipercayai masuk ke simpang kanan sebelum dirempuh oleh motosikal berkuasa tinggi jenis BMW yang dinaiki mangsa bergerak lurus dari arah Gelang Patah menghala ke Ulu Choh.

“Ekoran dari kemalangan tersebut, mangsa putus bahagian kepala dan tercampak ke tengah jalan. Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dzulkhairi berkata, dalam kemalangan tersebut, pemandu van terbabit yang merupakan seorang lelaki tempatan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, siasatan di tempat kejadian mendapati keadaan jalan iaitu jalan dua lorong dua hala dalam keadaan baik dan cuaca cerah ketika kemalangan berlaku.

“Pemandu van berusia 28 tahun itu ditahan untuk tujuan siasatan lanjut,” katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE