MOHD. ALI TAMBY
MOHD. ALI TAMBY 

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, hasil bedah siasat yang dilakukan ke atas mangsa pagi ini mengesahkan punca kematian adalah disebabkan oleh terbakar.

“Kira-kira pukul 4.10 pagi hari ini, anggota kita yang bertugas di pondok HRPB, menerima maklumat kematian mangsa dari Wad 6B.

“Kematian itu disahkan oleh doktor perubatan pada pukul 3.36 pagi. Si mati merupakan mangsa kebakaran dalam kes di Menglembu,” katanya di sini hari ini.

Dua beranak itu sebelum ini dilaporkan melecur di bahagian badan dan kepala selepas rumah didiami mereka terbakar pada 4 Julai lalu ketika mereka sedang tidur, kira-kira pukul 12.04 pagi.

Mereka berdua yang cedera ketika cuba menyelamatkan diri dalam kebakaran itu bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh orang awam. - UTUSAN ONLINE