Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian pada pukul 10 malam itu mengakibatkan mangsa, S. Satiswaran, 28, mengalami kecederaan parah.

Katanya, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di Hospital Tapah kira-kira 20 minit selepas kejadian semasa menerima rawatan di hospital berkenaan.

"Kemalangan berlaku apabila kereta Proton Saga dipandu mangsa yang sedang menuju ke arah Bidor itu telah hilang kawalan sebelum melanggar pokok di bahu jalan sebelah kiri.

"Pelanggaran itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Tapah untuk rawatan kecemasan namun disahkan meninggal dunia pada pukul 10.20 malam," katanya.

Menurut beliau, kenderaan yang mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan itu akan dihantar ke Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) untuk pemeriksaan lanjut.

"Siasatan mendapati mangsa tidak mempunyai lesen memandu dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.- UTUSAN ONLINE