Dalam kejadian kira-kira pukul 2.49 petang itu, mangsa berusia 45 tahun mengalami kecederaan di bahagian kaki akibat tersepit.

Berikutan kejadian itu, satu panggilan kecemasan melalui talian Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor seterusnya menghantar jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih ke lokasi kejadian.

Setiba sahaja mereka di sana, mangsa yang berada dalam keadaan sedar meraung menahan kesakitan selepas kakinya tersepit di bahagian bawah tempat duduknya.

Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor, kerja-kerja mengeluarkan mangsa sepit dengan bantuan excavator yang berhampiran.

“Mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira setengah jam kemudian sebelum di serahkan kepada pasukan perubatan untuk di hantar ke Hospital Kajang untuk rawatan susulan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE