Bagaimanapun, mangsa, Lee Ming, 59, disahkan selamat dan hanya mengalami cedera ringan dalam kejadian kira-kira pukul 7.49 pagi itu.

Kejadian berlaku apabila mangsa yang memandu kereta Toyota Camry dari Rasa menghala ke Bukit Beruntung dikatakan terbabas ke bahu jalan dan terbalik sehingga menyebabkan kenderaan tersebut terbakar di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Azman Ab. Rahman berkata, akibat daripada itu, mangsa mengalami patah tangan dan kini dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Peraturan 10 LN166/59,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.01 pagi.

“Sebanyak sembilan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik sahaja tiba, kita mendapati kereta tersebut telah musnah terbakar manakla pemandu berjaya dikeluarkan oleh orang awam,” katanya.- UTUSAN ONLINE