Dalam kejadian kira-kira pukul 2.51 pagi itu, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri berkata, ketika pihak bomba tiba di lokasi kejadian didapati berlaku kebakaran melibatkan lebih 68 buah motosikal di tempat pakir motosikal apartment tersebut.

“Sebanyak 40 buah motosikal musnah 100 peratus dan 28 buah motosikal musnah 50 peratus.

“Turut terlibat dalam kebakaran tersebut adalah empat buah kereta yang terkena bahang api,” katanya di sini hari ini.

Menurut jurucakap tersebut, operasi memadam kebakaran itu tamat pada pukul 4 pagi dan punca kejadian masih disiasat. - UTUSAN ONLINE