Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mangsa, Noor Munadjari, 38, darii Sandakan, Sabah mengalami kecederaan parah.

Mangsa yang terjatuh di kedalaman 11 meter telah berjaya diselamatkan dan dibawa naik oleh anggota bomba menggunakan pengusung, tali selain dengan bantuan kren.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Mohd. Zailani Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 11.35 pagi sebelum sepasukan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, mangsa merupakan pekerja syarikat Dominion Prestige Sdn. Bhd. yang juga seorang kontraktor bagi projek pembinaan loji air berkenaan.

"Semasa melakukan kerja binaan, mangsa dikatakan terjatuh ke dalam lubang loji takungan air sedalam 11 meter air yang masih dalam pembinaan," katanya , di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa yang berjaya diselamatkan dan cedera parah kemudian dihantar ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut. - UTUSAN ONLINE