Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 4.14 pagi.

Katanya, sepasukan 47 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Meru Raya dan Pasir Puteh serta dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru dan Bercham dihantar ke lokasi kejadian untuk operasi pemadaman.

"Ketika sampai di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah kilang kelas B yang sedang marak terbakar.

"Operasi pemadaman segera dilakukan dan api berjaya dikawal pada pukul 4.31 pagi. Anggaran peratusan kemusnahan kebakaran di kilang tersebut lebih 60 peratus," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kejadian itu tidak melibatkan mangsa.-UTUSAN ONLINE