Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, kejadian berlaku pada pukul 4.30 petang ketika kenderaan berkenaan dalam perjalanan dari Kem Batu 10, Kuantan, Pahang menuju ke Port Dickson.

"Kenderaan itu bersama lima kereta perisai lain diiringi oleh sebuah jentera ATM dalam perjalanan menyertai Perbarisan Kor Armor Diraja.

“Bagaimanapun apabila tiba di lokasi kejadian, kereta perisai jenis Gempita AV8 itu dari lorong kiri terlanggar bahagian belakang kereta Proton Wira.

“Pelanggaran menyebabkan kereta itu berpusing dan terbabas ke kanan jalan. Pemandu wanita berusia 22 tahun bersama tiga penumpang yang dalam perjalanan dari Sikamat menuju Nilai tidak cedera dalam kemalangan itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd. Said berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959.

Kemalangan tersebut turut dirakam oleh kamera dari sebuah kenderaan yang berada di belakang kereta perisai dan ia tular dalam media sosial. - UTUSAN ONLINE