AMINUDDIN HARUN

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pihaknya melahirkan rasa sedih dan berharap kejadian seumpama itu tidak berlaku lagi pada masa depan.

"Kerajan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga Nora Anne dan seluruh rakyat Ireland yang bersedih dengan apa yang menimpa gadis itu.

"Kita kesal apa yang berlaku, diharap ini adalah yang pertama dan terakhir berlaku di Negeri Sembilan. Semoga kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi," katanya dalam sidang akhbar di Wisma Negeri hari ini.

Mayat Nora Anne yang tidak berpakaian dijumpai

pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 2.5 kilometer dari resort The Dusun Hill di Pantai di sini kira-kira 1.57 petang semalam.

Remaja itu dilaporkan hilang dari resort tersebut semasa bercuti bersama keluarganya pada 4 Ogos lalu.

Proses bedah siasat mayatnya dijalankan di Hospital Tuanku Ja'afar di sini dan hasilnya dijangka diumumkan dalam sidang akhbar polis pada pukul 5 petang ini. - UTUSAN ONLINE