Kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu merupakan kemalangan pertama yang berlaku selepas Jajaran Seksyen 8 lebuh raya berkenaan mula dibuka kepada umum pada pukul 6 petang kelmarin.

Bagaimanapun, kemalangan tersebut tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa mahupun kecederaan kepada pemandu. 

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, kemalangan itu berlaku ketika kereta jenis Honda Civic dipandu seorang lelaki, sedang dalam perjalanan dari arah Teluk Intan ke Sabak Bernam. 

“Apabiba di lokasi kejadian, kereta terbabit hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar besi penghadang di sebelah kiri jalan. 

“Kereta tersebut rosak teruk di bahagian hadapan dan kiri pintu hadapan namun pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pengguna agar sentiasa mematuhi peraturan dan had laju ketika memandu terutamanya pada musim perayaan. - UTUSAN ONLINE