Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, acara anjuran ATM turut dibantu oleh beberapa agensi seperti Tourism Pahang, Tourism Malaysia Wilayah Timur, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam.

“Sebanyak empat kategori terjunan dipertandingkan iaitu ‘Accuracy Sport’, ‘Accuracy Military’, ‘Formation Skydiving’ dan ‘Canopy Formation Skydiving’.

“Sebelas pasukan membabitkan 176 penerjun bakal mengambil bahagian iaitu daripada ATM, PDRM, JBPM dan jemputan dari Thailand, Indonesia serta Brunei,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE