Dalam kejadian pukul 12.50 tengah malam itu, hampir 50 peratus premis tersebut hangus terbakar.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Pegawai Kanan II, Mohd. Zaidi Yahya berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan, sepasukan anggota ke lokasi kejadian dan tiba dalam tempoh dua minit.

"Apabila tiba di lokasi kebakaran, pihak bomba terpaksa memecahkan pintu masuk kedai yang berkunci bagi memadamkan api di dalam bangunan itu berkenaan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, operasi memadam kebakaran membabitkan 16 anggota bomba, lima anggota bantuan dan dua pegawai bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu serta Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh.

“Operasi memadam kebakaran dapat dikawal pukul 1.07 pagi. Hampir 50 peratus kedai terbakar melibatkan barangan jualan di bahagian pakaian dan barangan dapur.

“Kejadian tidak melibatkan nyawa dan kecederaan manakala punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.-UTUSAN ONLINE