Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kita-kira pukul 3.38 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras, BBP Hang Tuah dan BBP Bandar Tun RazaK dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba, kita mendapati terdapat jeriji besi terjatuh semasa kerja pembinaan sehingga mengakibatkan seorang mangsa tersepit dan patah kaki, manakala dua lagi cedera ringan.

“Anggota bertindak mengalihkan jeriji besi bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dan kesemua mereka berjaya diselamatkan pada pukul 4.21 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua mangsa kini dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia bagi rawatan susulan.- UTUSAN ONLINE