Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, surat itu bagi menarik perhatian pemimpin negara republik itu untuk menangani isu pencemaran cuaca yang semakin serius.

Pihaknya juga sudah mengadakan pertemuan dengan wakil duta Indonesia ke Malaysia bagi membincangkan perkara tersebut dan mendapat kerjasama yang baik daripada pihak mereka.

"Saya memang berharap bahawa kerajaan Indonesia dapat mengambil tanggungjawab dengan menggerakkan aset mereka untuk menangani kebakaran hutan di Kalimantan Dan Sumatera," katanya selepas penutupan Hari Inovasi Kejuruteraan-Industri Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Dewan Sultan Iskandar, UTM di sini hari ini.

Yang turut hadir Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Wahid Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif Dan Presiden Johor Corporation (JCorp), Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim.

Bee Yin berkata, surat rasmi kepada Joko Widodo itu akan diuruskan oleh Pejabat Perdana Menteri secepat mungkin.- UTUSAN ONLINE