Meabu Jaseprine Quorin, 46, berkata, beliau menghargai petugas SAR yang bertungkus-lumus mencari anak perempuannya dan sanggup mengorbankan cuti Hari Raya Aidiladha.

"Saya mahu mengucapkan terima kepada anda semua. Kami tahu anda mencari Nora Anne siang dan malam. Kami melihat anda bekerja dengan kuat. Kamu semua berada di sana pada musim perayaan.

"Kami menghargai apa yang sedang anda lakukan untuk kami. Melihat usaha, kepakaran dan dedikasi anda semua. Kami amat berharap anda akan menemukan Nora Anne," katanya ketika bercakap di hadapan para petugas SAR di Pantai di sini hari ini.

Yang turut kelihatan suaminya, Sebastian Marie Philipe, 47.

Nora Anne yang bercuti bersama ibu dan bapa serta dua adiknya dilaporkan hilang dari tempat penginapan di Resort The Dusun Pantai Hill dekat sini pada pagi, 4 Ogos lalu.

Semasa kejadian, mangsa tidur di dalam bilik bersama dua adiknya, Innes Julia, 12, dan Maurice Arthure, 8, sebelum gadis tersebut didapati hilang kira-kira pukul 8.30 pagi.

Mangsa yang merupakan anak sulung tiba di resort berkenaan bersama keluarganya pada pukul 7 pagi, 3 Ogos lalu. - UTUSAN ONLINE