Mayat mangsa, Lim Eng Aun, 81, ditemukan dalam keadaan reput dan dipercayai telah meninggal dunia dalam kemalangan kira-kira pukul 6.30 pagi pada 31 Ogos lalu.

Kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha dalam perjalanan menghala ke Rawang dari arah Tanjung Malim, Perak.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Azman Ab Rahman berkata, siasatan mendapati motosikal ditunggang mangsa dipercayai terbabas ke dalam kawasan semak.

“Mangsa dipercayai maut serta-merta di tempat kejadian. Pemeriksaan lanjut mendapati ada satu laporan polis berhubung kehilangannya di Tanjung Malim, empat hari lalu.

“Mayat kini dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Azman, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- UTUSAN ONLINE