Prolintas menerusi kenyataannya berkata, kedua-dua pekerja binaan tersebut mengalami cedera ringan dan telah dihantar ke hospital berhampiran untuk tindakan lanjut.

Menurut kenyataan itu, pihaknya juga telah menghentikan kerja-kerja pembinaan dan sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian tersebut.

"Keadaan di tempat kejadian terkawal dan tidak berlaku kesesakan lalu lintas. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, seorang pemilik akaun Facebook, Nur Rulamry Desa memuat naik satu status serta gambar berhubung kejadian itu yang turut mendapat perhatian pengguna laman sosial terbabit.

Status yang dimuat naik tujuh jam lalu memaklumkan mengenai kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4 pagi itu serta meminta penduduk di sekitar kawasan Ampang berhati-hati ketika melalui jalan berkenaan.

Malah, pemilik akaun Facebook tersebut turut mempersoalkan ciri-ciri keselamatan pembinaan lebuh raya tersebut yang seperti tidak mengikut standard operasi prosedur (SOP) yang ditetapkan. - UTUSAN ONLINE