Mangsa, Manja Yusop, 47 tahun; Hadip Adam, 36 tahun; Azuan Zazul, 26 tahun dan Fatiha Ayuni Aini, 15 tahun ditemukan di kawasan perairan di pulau tersebut dalam keadaan keadaan selamat.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak, Laksamana Pertama Maritim, Robert Teh Geok Chuan berkata, ketika ditemukan, mereka dilihat sedang memancing dan tiada sebarang kecemasan atau kerosakan pada enjin bot.

“Kesemua mangsa kini selamat tiba di jeti Kampung Bako pada pukul 10.30 pagi tadi.

“Kita juga ingin melahirkan penghargaan kepada pihak yang terlibat seperti Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta penduduk kampung bagi mencari mangsa,” lapor Utusan Borneo hari ini.

Terdahulu, keluarga mangsa membuat laporan polis apabila kesemua mereka yang sepatutnya pulang memancing pada pagi semalam gagal dihubungi dan tidak pulang ke rumah.- UTUSAN ONLINE