Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 1.47 petang sebelum Pasukan Bomba Sukarela Kampung Paris 2 untuk memberi bantuan awal sehingga Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan tiba.

“Kemalangan itu mengorbankan kesemua empat mangsa yang menaiki kenderaan jenis Toyota Hilux dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Manakala pemandu lori berumur 31 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, mangsa terdiri daripada dua warganegara dikenali sebagai Nurdiana Tamsi, 57, dan Thambrin Beddu, 59, dan seorang warga Indonesia, Anita Anwar, 41, manakala maklumat seorang lagi tidak diperoleh.

Tambahnya, kesemua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - BERNAMA