Memetik laporan Portal Utusan Borneo, dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu membabitkan mangsa berusia 18 sehingga 24 tahun.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6, Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian kira-kira pukul 11.46 malam sebelum tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Marudi dekat sini bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba mereka disana, terdapat dua mangsa mengalami cedera parah manakala dua lagi mangsa hanya mengalami cedera ringan.

“Seorang mangsa yang tercampak ke dalam longkang besar berjaya diangkat oleh anggota bomba dengan menggunakan pengusung dan memasang penyokong leher kepada mangsa,” katanya.

Tambah Poh Kiong, kesemua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Marudi bagi mendapatkan rawatan lanjut.-UTUSAN ONLINE