Ng Ching An dan Ng Wei Shen yang masing-masing berusia 21 tahun yang beralamat di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini pada mulanya tidak mempunyai masalah semasa melakukan pendakian.

Mereka pada mulanya mengikut seorang pendaki tidak dikenali untuk ke puncak namun di pertengahan jalan telah ditinggalkan.

Apabila sedar sudah hilang arah mereka terus menghubungi talian kecemasan 999 meminta bantuan untuk mencari jalan keluar.

Kemudian enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan Nanas diketuai Penolong Pegawai Bomba

Mahadir Basir dengan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurut Mahadir Basir yang juga Ketua BBP Pekan Nanas, pihak bomba menyusuri laluan mangsa dan menjumpai mangsa tersasar dalam jarak kira-kira 2 kilometer dari arah puncak.

“Kedua-dua mangsa ditemui pada pukul 2.57 petang dalam keadaan selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan. Operasi tamat pukul 4.01 petang,” katanya ketika dihubungi. - UTUSAN ONLINE