Jurucakap bomba berkata, dalam kemalangan itu seorang lagi lelaki cedera parah.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada pukul 11.03 malam.

Katanya, anggota bomba dari Balai Bomba Ayer Tawar ke tempat kejadian untuk operasi menyelamat dan dibantu oleh anggota dari Balai Bomba Pantai Remis.

"Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Audi yang melanggar sebuah mesin paver atau perata jalan yang diletakkan di bahu jalan menyebabkan kereta tersebut terbakar.

"Terdapat dua orang mangsa dipercayai rentung di lokasi kejadian manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan parah dan telah dihantar ke hospital oleh orang awam," katanya.

Sementara itu, identiti mangsa yang maut dan cedera belum diperoleh. - UTUSAN ONLINE