Ketika kejadian pada pukul 3.40 petang itu, kenderaan tersebut tidak sempat berhenti ketika lori terbabit sedang melakukan pusingan U.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, kedua-dua mangsa bernasib baik kerana pada Jumaat lalu satu kejadian kemalangan membabitkan seorang penunggang motosikal maut di kawasan sama selepas dirempuh sebuah lori.

“Kereta jenis Proton Iswara Aeroback yang dinaiki kedua-dua rakan masing-masing berusia 44 tahun ini dipercayai dari arah pusat bandar.

“Kenderaan mereka dipercayai hilang kawalan lalu merempuh sebuah lori dan Impak kuat akibat pelanggaran itu menyebabkan bahagian depan kereta mangsa remuk teruk, namun kedua-dua mangsa hanya mengalami kecederaan biasa,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, Alexson memberitahu, kedua-dua mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Bintulu bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan,”ujarnya. – UTUSAN ONLINE