Dalam kejadian pada pukul 6.10 petang, kedua-dua mangsa berusia 15 tahun itu dikatakan melintas jalan sambil berlari menyebabkan seorang wanita berusia 25 tahun yang memandu kereta Perodua Myvi tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa.

Kedua-dua mangsa yang cedera parah dihantar ke Subang Jaya Medical Center (SJMC) untuk mendapatkan rawatan manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, susulan kejadian itu, pihaknya telah mengambil keterangan pemandu dan saksi awam bagi membantu siasatan.

"Kita ingin menasihati orang awam supaya sentiasa peka dan berhati-hati di jalan raya bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987. - UTUSAN ONLINE