Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa, Andy Meyrick, 25, dan Jusse D. Dolisip, 29, maut di tempat kejadian selepas tersepit di dalam kenderaan jenis Proton Persona yang dinaiki mereka yang turut terbalik dalam kejadian itu.

Menurut jurucakap pasukan bomba dan penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.30 pagi tadi dan mendapati mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan penumpang.

"Kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa dilakukan menggunakan peralatan 'rescue tool' dan selesai sepenuhnya kira-kira pukul 6 pagi tadi.

"Kedua-dua mangsa telah meninggal dunia dan disahkan oleh pegawai perubatan Hospital Pulau Pinang (HPP) di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE